Sunday, September 9, 2012

Momy Jeni & Dady Joni Part I

Wahh....sedar tak sedar sekarang da September...kejap je masa berlalu kan... Da lama x update cerita pasal budak2 nakal ni...almaklum la sibuk memanjang..pejam celik pejam celik da ada macam2 berita tentang budak2 ni... Ingat tak, Harry S ngan Cici pernah cerita kat korang yang Joni & Jeni ada berita baik untuk korang..da lama sebenarnya nak sampaikan berita baik tu..tapi langsung tak berkesempatan...sibuknya kalah Mak Datin kan...Untuk pengetahuan korang, bukan berita baik je..tapi ada berita kurang baik gak pasal budak2 ni.. :(  Nak taw berita selanjutnya.......jom baca :D
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Sebenarnya berita baik tu................cakkk!!! Jeni da jadi Momy..n Joni da jadi Dady :) Rasanya inilah pengalaman yang cukup berharga dan bernilai bagi saya bila tengok sendiri Momy Jeni melahirkan bayi2nya. Satu perasaan yang mungkin dirasai seseorang yang telah bergelar ibu ketika saatnya melahirkan. Cuma dunia sahaja yang berbeza. Alam Haiwan & Alam Manusia.. Hakikatnya antara ibu dan anak pasti ada perasaan yang sama.. Walaupun Momy Jeni cuma seekor hamster tetapi saya dapat merasakan perasaan itu. Sukar untuk digambarkan.. Teruja, gembira, kagum... Semua perasaan ada. Mungkin perasaan itu hanya dapat dirasai oleh seseorang yang telah bergelar ibu. Kagum dengan ciptaan Tuhan. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. Momy Jeni sekecil itu dapat melahirkan bayinya dalam keadaan yang tenang....

Pada 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433
Hijrah tepat jam 6.35am, Momy Jeni terbangun dari tidurnya. Dengan cermat Momy Jeni kelihatan mula mengumpul abuk kayu di sekelilingnya. Momy Jeni dah melahirkan satu bayinya. Saya cuma melihat dari jauh, takut mengganggu keselesaan Momy Jeni. Sehingga pukul 7.28am, Momy Jeni selamat melahirkan 5 ekor bayi yang comel.... Memang sangat comel, bayi yang kecil, merah2 dan tembam2...Momy Jeni kelihatan sentiasa melindungi bayi2nya sepanjang hari tanpa meninggalkan langsung bayi2nya. Walaupun kelihatan dia masih lemah dan mengantuk. Sedikit bunyi pun mampu mencurigakan hati Momy Jeni, akan terus dipeluknya bayi2 tersebut di bawah perutnya.. Sesetengahnya juga Momy Jeni simpan di dalam ruang di pipinya...Sehingga dia yakin tidak satu pun bayinya dalam keadaan bahaya..betapa kasih sayang seorang ibu pada anaknya sehingga bertindak sedemikian demi melindungi bayi yang tersayang... Kagum dengan ciptaan Tuhan.. Bayi yang hanya saiznya sekerat jari kelingking dapat hidup dan bernafas dengan sempurna, dengan kulitnya yang sangat nipis sehingga kelihatan organ dalamannya... badan yang kecil halus mampu untuk bertahan cuma dalam dakapan ibunya. Satu anugerah yang terindah...Ini makhluk ciptaan Tuhan yang tiada akal fikiran jika dibandingkan dengan manusia, tetapi sifat melindunginya mungkin lebih dari manusia yang berakal fikiran. Bila manusia yang sempurna akal dan sifatnya kejam pada bayi sendiri - buang bayi sesuka hati, pukul bayi sewenang-wenangnya. Mungkin haiwan lagi sesuai dijadikan contoh dan teladan untuk manusia... Renung-renungkan....
P/S : (copy & paste note from https://www.facebook.com/notes/lina-ed-e/anugerah-yang-terindah/481740841855250)  Post yang ni macam skema sikit sebab copy & paste terus... :)

No comments:

Post a Comment